‘Terima Kasih Datuk Nozula’ – Tok Pa


KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah gandingan mereka berpengalaman, muda dan bertenaga.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berharap, gadingan itu akan memberi satu nafas baharu memastikan BN Kelantan kekal relevan.

“Semua penyandang kerusi Parlimen dikekalkan manakala bagi kerusi DUN pula, hampir semua penyandang sama ada dikekalkan atau dipindahkan ke kerusi Parlimen, kecuali Datuk Paduka Nozula Mat Diah (DUN Paloh).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala khidmat bakti selama 28 tahun sebagai ADUN Paloh. Sumbangan beliau akan kita kenang dan kita berharap Datuk Paduka Nozula akan terus membantu jentera BN untuk mencipta sejarah di Kelantan ini,” katanya berucap pada majlis pengumuman calon di Dewan Besar UMNO Kelantan di Kota Bharu kelmarin.

Sebanyak 62 peratus atau 28 daripada 45 calon DUN adalah muka baharu termasuk lapan calon muda dan lima calon wanita, manakala 14 calon Parlimen pula, dua daripadanya muka baharu dan seorang calon muda.

Mustapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas PRU-14 berharap, semua jentera dan penyokong parti menerima baik senarai calon yang sudah diputuskan itu.

“Kita perlu menunjukkan disiplin dan komitmen tinggi dalam mengangkat perjuangan parti. Kemenangan kita dalam PRU14 kali ini bergantung kepada perpaduan dalam kalangan BN Kelantan.

“Semoga calon yang ditampilkan kali ini berjaya meyakinkan rakyat untuk memberi peluang kepada BN di Kelantan,” katanya. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com