'Teman Wanita Upahan' Untuk Beli-Belah, Tukang Angkat Beg


SEBUAH pusat membeli-belah di selatan China menawarkan perkhidmatan menyewa 'teman wanita' dengan bayaran mengikut kadar minit.

Sekumpulan model wanita dihimpunkan untuk dipilih dengan kadar sewa 11p (60 sen) selama 20 minit.

Perkhidmatan itu ditawarkan di pintu masuk di kompleks membeli-belah Vitality City di Bandar Heyuan di selatan China, untuk waktu promosi terhad.

Bakal pelanggan yang mahu menyewa hanya perlu mengimbas kod QR menerusi telefon bimbit mereka untuk membuat bayaran.

Jika pelanggan berpuas hati, mereka boleh memperbaharui sewa selepas 20 minit atau model itu akan kembali podium sekiranya tidak mahu meneruskan perkhidmatan itu.

Menurut pusat membeli-belah itu, wanita berkenaan dapat menemani pelanggan untuk membeli-belah malah sedia untuk mengangkat beg pelanggan sekiranya mereka dilayan dengan baik.

Selain menemani untuk membeli-belah, pelanggan juga boleh membawa mereka untuk makan tengah hari atau makan malam.

Namun syarat yang ditetapkan adalah tiada sentuhan dibenarkan. 

Sumber: Mirror

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com