Telur Ayam Bertaburan Pecah Atas 'Highway' Angkara Pemuda Terlelap


Menjadi tular di laman media sosial mengenai keratan video memaparkan sebuah lori muatan telur ‘berpusing’ setelah dilanggar dari arah belakang oleh seorang pemandu kereta yang dikatakan terlelap.

Insiden 'aksi berpusing' yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi di kilometer 115.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara itu mengakibatkan ribuan telur ayam jatuh bertaburan dan pecah 'membasahi' lebuh raya.


Insiden mengejutkan itu telah berjaya dirakam menerusi paparan dashcam seorang pemandu lain yang kemudiannya dikongsikan di media sosial termasuk di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Difahamkan bahawa kereta jenis Hyundai Veloster yang dipandu oleh seorang pemuda berusia 26 tahun itu pada awalnya dilihat terhuyung-hayang di lebuh raya terbabit sebelum menghampiri lori berkenaan yang berada di laluan kiri.


Tindakan menghampiri lori berkenaan dan cubaan untuk memasuki laluan kiri mengakibatkan kereta yang dipandu pemuda itu bergesel kerana pemuda tersebut pada masa sama tidak perasan dengan jarak kenderaan masing-masing yang begitu hampir.

Akibatnya, lori berkenaan dihentam kuat oleh pemandu itu hingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan berpusing seketika sebelum merempuh penghadang jalan.



Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pemandu lori berusia 55 tahun berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Petani Kedah bagi mendapatkan rawatan.

Kemalangan itu juga telah menyebabkan laluan trafik di lokasi kejadian sesak sehingga beberapa kilometer. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com