‘Tanya Calon PKR Sendiri Kenapa Tak Buat Pas SPR’ – KJ


Kegagalan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr S. Streram menyerahkan borang penamaan calon di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menjadi buah mulut pakatan pembangkang di media sosial.

Seperti biasa pucuk pimpinan pembangkang akan menyalahkan pihak lain.

Bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memuat naik tweet berbaur provokasi terhadap calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan pihak polis menghalang Streram untuk menghantar borang penamaan calon.

“Jika bekas menteri besar Negeri Sembilan menang percuma kerana PDRM halang calon PH hantar borang, orang yang turut kena jawab ialah @khairykj kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau.

“Masih tunggu laporan dari Rembau,” demikian tulis Rafizi menerusi tweet yang dimuat naik di laman Twitternya.

Khairy kemudiannya membalas pertanyaan Rafizi dan meminta beliau bertanya sendiri kepada  Streram.

“Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihan raya (pas SPR).

“Saya tidak rasa menteri besar atau saya perlu menjawab bagi kesilapan calon anda sendiri,” balas Khairy.

Ternyata Khairy membalas dengan penuh bergaya. Bukan sahaja Khairy, tweet itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi,” kata Najib, yang juga calon Parlimen Pekan.

Streram sepatutnya menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohamad Hasan namun gagal berbuat demikian selepas tidak dibenarkan masuk ke Dewan Seri Rembau kerana gagal mempamerkan pas calon yang dikeluarkan oleh SPR.

Ia menyebabkan berlakunya kekecohan kerana Streram bertegas mahu memasuki Dewan Seri Rembau bagi menyerahkan borangnya.

Dia bagaimanapun dihalang petugas keselamatan kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Ini menjadikan Mohamad Hasan secara rasmi menang tanpa bertanding apabila Streram, gagal menghantar borang penamaan calon.

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu
#TsunamiPHitnah

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com