Tamteh Homestay Di Alor Setar Imbau Suasana Kampung


Negeri Kedah sememangnya sinonim dengan sawah dan kampung, begitu juga dengan orang luar negeri yang ingin merasakan suasana sebegitu jika menjejakan kaki ke negeri jelapang padi ini.

Musim menuai padi yang sudah berlalu meninggalkan bendang kering kontang dengan longgokan jerami di tengah sawah.

Tanteh Homestay, di Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Alor Setar, sangat sesuai bagi mereka yang ingin dikelilingi sawah padi mengimbau kenangan ketika pulang ke kampung halaman.

Dengn deretan chalet berkembar dibina dengan papan lengkap dengan beranda dikelilingi sawah padi mengimbau kenangan pulang ke kampung halaman.

Sebaik melangkah masuk, tiga bilik dengan setiap bilik dilengkapi dua katil bujang dan katil bersaiz king, selain bilik mandi dan tandas turut dilengkapi pancuran air di bahagian dapur.



Bukan itu sahaja, setiap chalet dilengkapi televisyen, peti sejuk, sofa, kerusi rotan dan pendingin hawa di setiap bilik tidur.

Menurut Pengerusi Tamteh Multicentre, Zulkifli Ahmad, berkata inap desa dibina dan diuruskan oleh 52 ahli koperasi Hajah Puteh Jerlun Bhd sejak 2013.

Sedia pelbagai aktiviti

"Kebanyakan ahli koperasi adalah anak cucu kami yang mewarisi tanah seluas 2.8 hektar dan membangunkan inap desa ini.

"Ada 10 kediaman berkonsep inap desa sesuai untuk pelancong tempatan atau luar negara yang menginginkan suasana damai kampung," katanya yang memetik BH Online

Sarapan yang dihidangkan ala-ala kampung turut dihidangkan kepada pengunjung seperti pulut dimakan dengan ikan masin dan mangga.

Zulkifli yang merupakan pengerusi lembaga koperasi milik keluarganya itu berkata, inap desa ini turut menyediakan pelbagai aktiviti termasuk hari keluarga, majlis kenduri, kursus motivasi, pusat latihan atau kursus, latihan kemahiran dan seminar.


Terdahulu, pelancaran 'Caravan Park@Tamteh disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Selain itu, Caravan Park@ Tamteh disewa bagi meletakkan karavan yang dipandu sendiri oleh pelancong dengan bayaran RM30 sehingga RM40 sehari.

Malah, tandas dan bilik mandi turut disediakan bagi kemudahan pelancong yang mengembara dengan kenderaan itu.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com