Takut PRU-14, DUN P.Pinang Hanya Bubar Minggu Depan


LEWAT… Ketika kesemua negeri di Malaysia ‘sibuk’ membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) secara serentak, lain hal di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan media hanya dijangka bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada minggu depan bagi mendapatkan persetujuan rasmi berhubung tarikh pembubaran DUN Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau sendiri tidak memaklumkan tarikh tepat bilakah perjumpaan tersebut akan diadakan, sekali gus mengundang spekulasi kemungkinan Pulau Pinang seperti cuba sengaja melewatkan tarikh pembubaran DUN.

Malahan lebih lucu Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa bahawa cadangan tarikh pembubaran DUN hanya akan diputuskan selepas ditentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco diadakan di Komtar.

“Kita akan ikut proses biasa, kita perlu mengadakan satu mesyuarat Exco sebelum mengadap Istana Seri Mutiara, dan kita akan maklum kepada semua bila (tarikh pembubaran DUN),” dalihnya kepada pemberita di George Town.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman khas di pejabatnya di Putrajaya pada hari ini memaklumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar untuk mendapatkan pembubaran DUN masing-masing daripada ketua negeri sama ada Sultan bagi negeri beraja atau Yang Dipertua Negeri bagi negeri tiada raja.

Bagaimanapun, hanya DUN Sarawak tidak melaksanakan PRU ke-14 untuk 82 kerusi negeri tersebut kerana baru sahaja sudah melaksanakan proses Pilihan Raya Negeri pada 7 Mei 2016 lalu. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com