Takut Kalah Di Alor Setar, Calon PKR Lari Ke Pulau Pinang


Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Setar, Gooi Hsiao Leung yang merasakan kedudukannya tidak lagi selamat akhirnya 'lari' untuk bertanding di Pulau Pinang.

Beliau bukan sahaja tidak diperlukan lagi oleh penduduk Alor Setar tetapi juga tidak diyakini oleh PKR jika mempertahankan kerusi itu.

Pemimpin gabungan pembangkang PKR seperti ini hanya mementingkan diri sendiri, bukan lagi berjuang untuk  kepentingan rakyat.

"Kalau betul seperti yang puak pembangkang kata Gooi Hsiao-Leung ni buat kerja untuk rakyat kenapa dia cabut lari ke kawasan lain ... '' tulis Mohamad Nizam di laman facebook.

"Inilah yang merugikan rakyat dalam Parlimen Alor Setar bila salah memilih calon untuk jadi wakil rakyat, akhirnya yang rugi adalah mreka sendiri, " kata Nizam.

Sepanjang dua penggal Alor Setar diwakili pembangkang, penduduk sering mencari siapa wakil rakyat mereka untuk mendapat bantuan dan membuat aduan..

Bagaimanapun yang memberikan perkhidmatan  kepada penduduk ialah UMNO dan parti komponen lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Wakil rakyat pembangkang hanya datang mencari publisiti untuk memberitahu mereka yang mengambil berat terhadap masalah rakyat.

.Bagi kawasan perkampungan di luar bandar raya Alor Setar, masih ada penduduk yang tidak pernah mengenali ahli parlimen mereka walaupun dua penggal menang.

Pada PRU kali ini, PKR sekali lagi 'mengimport' calon luar, iaitu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Chan Ming Kai untuk bertanding di Parlimen Alor Setar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Pengerusi BN dan Ketua UMNO bahagian  mengingatkan pengundi dalam kawasan Alor Setar supaya tidak membuat kesilapan lagi dalam memilih wakil mereka pada PRU14.

Menurut beliau penduduk Parlimen Alor Setar rugi kerana tiada peruntukan pembangunan tahunan RM6 juta diperolehi jika memilih parti pembangkang.

Barisan Nasional kali ini mencalonkan Datuk Yoo Wei How (MCA) untuk merampas semula Parlimen Alor Setar manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti (dahuu Bakar Bata) akan dipertahankan oleh Ahmad Bashah.

Bagi dua lagi kawasan DUN dalam Parlimen Alor Setar, BN mempertaruhkan muka baharu Abdul Malek Saad untuk kerusi DUN Alor Mengkudu sementara DUN Kota Darulaman akan ditandingi oleh Tan Eng Hwa.

Sementara itu Abdul Malek yang juga pegawai penyelaras DUN Alor Mengkudu berharap para pengundi memikirkan masa depan mereka kerana sudah dua kali kawasan itu diwakili pembangkang.

Penduduk Alor Setar dan Alor Mengkudu jangan lagi terkeliru kali ini  dengan janji palsu parti pembangkang  kerana apabila  menang, akan menghilangkan diri daripada tanggungjawab - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com