Tak Tahan Dileter Penganggur Sanggup Bunuh Keluarga


KAGOSHIMA – JEPUN. Gara-gara tidak tahan mendengar leteran, seorang penganggur sanggup membunuh lima orang termasuk ahli keluarganya.

Tomohiro Iwakura, 38, mengaku membunuh bapanya Masatomo, 68 dan neneknya Hisako, 89, di rumah sebelum membuang mayat mereka di  hutan berhampiran.

Sementara itu, tiga lagi mangsa, Hiroyuki Goto, 47 yang merupakan teman suspek dan dua ibu saudaranya Takako Iwakura, 69 serta Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui maut di kediamannya.

 Laporan media mengatakan ketiga-tiga mangsa terbabit dibunuh ketika datang memeriksa keadaan selepas gagal menghubungi Masatomo serta Hisako selama beberapa hari.

Semua mangsa dipercayai mati akibat dicekik.

Pihak polis berjaya memberkas Iwakura dan kini menjalankan siasatan terperinci. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com