Tak Mengecewakan! KJ Jadi Pelakon Demi Masa Depan Orang Muda


PETALING JAYA - Khairy Jamaluddin sentiasa menjadi tumpuan dengan idea berbeza dan kreatif.

Terbaru, Menteri Belia dan Sukan itu tampil sebagai seorang pelakon, yang dilihat dilakukannya demi masa depan orang muda.

Video berdurasi tiga minit 30 saat itu dirakam oleh Khairy sempena pelancaran Manifesto Orang Muda, 'Bersama Kita Hebatkan Orang Muda'.

Dengan gaya bersahaja Khaity menjadi watak utama dalam pelbagai situasi berbeza melibatkan isu dan persekitaran golongan muda.


Video tersebut merupakan penjelasan mengenai generasi muda ke arah TN50.

Dalam rakaman video itu juga, Khairy menjelaskan perancangan besar untuk orang muda yang memungkinkan mereka berjaya dalam tempoh enam bulan sahaja.

Jaminan-jaminan yang disebutkan termasuklah bantuan kepada golongan wanita yang bekerja dari rumah, jaminan usahawan muda dan meneruskan bantuan yang sedia ada.

Malah program ini juga akan membantu golongan usahawan muda dapat memasuki semua akses bidang kerja.

Sebelum ini Khairy pernah tampil dengan video pendek menarik sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com