Tak Malu Ke ‘Belanja’ Payudara Tu Kat Kedai Mamak?


TINDAKAN memalukan dua ‘wanita’ yang dipercayai melakukan gurauan melampau di sebuah restoran menjadi tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Dalam rakaman berdurasi kira-kira 10 saat itu, individu berstatus public figure, Riz Ulala dilihat tanpa segan silu di tempat awam menayangkan payudaranya selepas diusik oleh seorang rakan.

“Nak ke tak nak, lepak mamak nak ke tak nak,” kata rakannya sebelum bertindak menarik separuh baju wanita yang berwatakan lelaki berkenaan.

Mangsa yang juga mempunyai ramai pengikut lelaki di laman sosial konon terkejut kemudian segera menutup payudara menggunakan tangan sebelum mengatakan video itu berisiko menjadi tular.

“Sayang… eh sayang… ya tuhan nanti viral nanti dekat YouTube nanti,” balasnya.

Video yang jelas keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya tempatan itu lantas mengundang kecaman hebat khususnya daripada netizen yang menempelak sikap biadab kedua-dua mereka.

Malah, netizen menggesa agar tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pelaku dan individu yang memuat naik video itu kerana menyalahgunakan laman sosial dengan kandungan jelik.

“Ini padahnya kalau golongan pondan dah jadi makin biadab, mohon pihak polis segera tangkap dua malaun kunyit ni,” kata seorang netizen. -Kedahnew.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com