Tahukah Anda Inilah Telaga Yang Tidak Pernah Kering Di Pokok Sena Kedah


Semua orang sedia maklum bahawa telaga merupakan tempat mandian masyarakat zaman dahulu dan sekarang ianya digunakan untuk menadah air jika berlakunya kemarau panjang. Di daerah Pokok Sena terdapat sebuah telaga yang dipercayai berusia lebih daripada 100 tahun dan mampu memberikan sumber air kepada penduduk di sekitar Kampung Kedundong.

Memetik daripada sinar harian telaga ini tidak pernah kering walaupun tibanya musim kemarau pada setiap tahun dan keadaan ini menyebabkan telaga ini menjadi tumpuan para penduduk di sekitar kawasan tersebut. 

Laporan sinar yang menemu ramah seorang penduduk iaitu Ghazali Bahari berkata telaga ini lebih dikenali dengan nama telaga bukit Kampung Kedundong yang dikatakan menjadi sumber air utama pada zaman dahulu sebelum wujudnya kemudahan bekalan air paip. 

Menurutnya lagi, kedalaman telaga ini hanyalah 1.5 meter sahaja tetapi kuantiti airnya mampu menyalurkan air ke seluruh penduduk kampung sekitar sini. Untuk makluman, bekalan air dari telaga ini juga digunakan untuk kegunaan jemaah di masjid Kampung Kedundong menunaikan sembahyang. 


Walaupun ramai penduduk sudah menggunakan air paip tetapi terdapat juga segelintir penduduk yang datang untuk mandi di sini sehingga hari ini kerana kejernihan airnya. Bagi penduduk kampung, telaga ini memang misteri kerana pada musim kemarau semua telaga yang ada di sekitar kampung ini akan menjadi kering tetapi telaga ini masih belum kering sehingga hari ini. 

Persoalan juga muncul di dalam fikiran para penduduk tentang bagaimana mungkin telaga itu dikorek padahal ditepi dan didalam telaga tersebut dipenuhi dengan batu besar. Dari segi akal dan fikiran yang waras sukar untuk melakukan kerja-kerja pengorekan telaga tersebut pada zaman dahulu tambahan pula kekurangan kemudahan-kemudahan yang canggih. 

Menurut penduduk, telaga ini dijaga dengan sempurna iaitu dengan membina tembok pada sekitar tepi telaga tersebut supaya air yang digunakan tidak akan turun kembali ke dalam telaga itu. 


Namun, terdapat juga beberapa penduduk yang cuba mengambil kesempatan terhadap telaga ini dengan melakukan perkara-perkara khurafat dengan membawa ayam atau pulut untuk dijamu kepada penunggu di situ. Perkara itu segera dibendung oleh penduduk kampung supaya keharmonian dan kesucian telaga tersebut terus terpelihara.

Sumber: orangkedah.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com