Tahukah Anda Filem Animasi Silat Lagenda Diarah Oleh Anak Kedah?


Filem animasi tempatan yang pertama ialah “Filem Silat Lagenda”. Filem ini yang berharga RM6 juta telah diarahkan oleh Hassan Muthalib (sebelumnya pernah berkhidmat di Filem Negara Malaysia). Filem ini berkisar tentang ekspedisi Hang Tuah dan rakan-rakanya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu di abad ke 21 di Melaka. 


Filem ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan. Hassan Muthalib ni ialah seorang yang sangat disegani dalam bidang animasi mahupun perfileman. kalau pernah tengok animasi pendek sang kancil dan sang buaya atau sang kancil dan sang monyet, inilah orang yang bertanggungjawab mencipta animasi itu, tidak dilupakan juga mat gelap dan silat lagenda. 

Beliau dilahirkan pada 3 Nov 1945 di Alor Setar, Kedah. Beliau berpindah ke Jelutong, Pulau Pinang pada tahun 1950 dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Georgetown sehingga Tingkatan 5 tetapi gagal SPM pada tahun 1963. 

Beliau datang ke KL tahun 1964 dan berkerja di Pasaraya Robinsons (Pasaraya Pertama) di Jalan Tun Perak dengan bergaji RM100 sebulan. Pada 1965, beliau membeli sebuah kamera dan mempelajari senifoto. Inilah yang mula memperkenalkan beliau kepada bidang komunikasi melalui media “manipulated images”. 


Pada tahun 1967, beliau belajar sendiri dan menduduki peperiksaan SPM sekali lagi. Terperanjat bila lulus walaupun hanya Gred 3. Pada tahun 1972, beliau diminta untuk menerbitkan treler animasi untuk Hari Krismas padahal waktu itu beliau tidak tahu animasi, menulis atau mengarah dan juga tidak mendapat tunjuk ajar. 

Antara treler yang menjadi popular dengan penonton selepas itu adalah Nyamuk Aedes, Jimatkan Elektrik dan Anti Dadah. Pada tahun 1975, beliau mendapat pendedahan mendalam pada sastera telah membuka mata beliau terhadap teks filem. Sebelum itu pada tahun 1978, beliau terlibat dalam animasi untuk iklan filem/TV. 


Apabila dah bercampur dengan orang-orang pandai, maka dapatlah sikit ilmu dan dapat membuat iklan sehingga 1994. Yang terakhir iklan beliau adalah SUGUS untuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan HK. Menjadi Ketua Unit Senireka pada tahun 1981. 

Menteri Penerangan pada ketika itu minta beliau buat filem animasi Sang Kancil dan Monyet/Buaya pada tahun 1983 selepas menonton filem Hikayat Sang Kancil, arahan A. Xavier. 

Beliau dapat membuat 5 filem pendek sebelum bersara atas pilihan sendiri pada tahun 1995. Kalau masih ingat, nama Hassan Muthalib sering disebut dalam filem arahan Mamat Khalid. Beliau juga diberi nama jolokan sebagai Bapa Animasi Malaysia dan memang patut diberi nama tersebut!

Sumber: orangkedah.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com