Suspek Bunuh Pemuda Gara-Gara Masukkan Nombor Ke Dalam ‘Whatsapp’ LGBT


JAKARTA - Pihak polis telah menahan seorang lelaki atas dakwaan membunuh seorang lelaki bernama Ali, 33, yang mayatnya ditemui di lorong Waru di Cawang, Jakarta Timur pada Isnin malam.

Suspek didakwa berbuat demikian kerana berasa marah terhadap mangsa yang memasukkan nombornya ke dalam kumpulan Whatsapp golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, polis menahan Petrus Paulus Ualubun, 21, di rumah saudaranya di Cikarang, Jawa Barat pada pagi Selasa.

"Suspek berasa marah terhadap mangsa kerana mendakwa dia bukan sebahagian daripada golongan tersebut.

"Suspek mengajak mangsa untuk berjumpa sebelum menyerang dan membunuhnya, kata Argo pada Selasa seperti yang dilaporkan oleh kompas.com.

Ali yang merupakan penduduk Tanjung Priok di Utara Jakarta ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman. 

Sumber: The Jakarta Post


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com