Suspek Buat Arak Buatan Sendiri Kini Ditahan


JAKARTA – INDONESIA. Polis Indonesia berjaya menangkap suspek utama yang membuat arak beracun sebelum mengedarkannya ke seluruh negara mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang maut.

Detik News melaporkan, Samsudin Simbolon ditahan awal pagi semalam ketika bersembunyi di sebuah ladang sawit selepas rumah mewah miliknya yang dijadikan kilang membuat arak buatan sendiri diserbu pihak polis.

Samsudin dipercayai bertanggungjawab menghasilkan dan mengedar arak beracun berkenaan hampir ke seluruh negara dan meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jawa Barat.

Beberapa suspek lain dipercayai pekerja Samsudin berjaya melarikan diri dan sedang diburu.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com