Suspek Buat Arak Beracun Sembunyi Di Kediaman Mewah Tengah Ladang Kelapa Sawit


JAKARTA - Polis Indonesia berjaya menangkap suspek utama yang membuat arak beracun sebelum mengedarkannya ke seluruh negara mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang maut.

Detik News melaporkan, Samsudin Simbolon ditahan awal pagi semalam ketika bersembunyi di sebuah ladang sawit selepas rumah mewah miliknya yang dijadikan kilang membuat arak buatan sendiri diserbu pihak polis.

Samsudin dipercayai bertanggungjawab menghasilkan dan mengedar arak beracun berkenaan hampir ke seluruh negara dan meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jawa Barat.

Beberapa suspek lain dipercayai pekerja Samsudin berjaya melarikan diri dan sedang diburu.

“Kita akan membawanya ke Jakarta malam ini (semalam) dan kemudian ke Bandung,” kata Ketua Polis Jawa Barat, Agung Budi Maryoto.

Menurutnya, Samsudin akan didakwa atas pertuduhan menjual barangan berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Sejak Mac lalu sekurang-kurangnya 100 mangsa maut akibat keracunan, manakala puluhan yang lain kritikal dipercayai akibat meminum arak buatan sendiri tersebut. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com