Sukar Menyanyi, Aiman Tino Kena ‘Buatan’ Orang?


BARU-BARU ini, pelantun lagu Ku Rela Dibenci iaitu Aiman Tino mengakui mengalami kesukaran untuk melontarkan vokal dan mengawal suara seperti kebiasaannya.

Dakwanya lagi, suara penyanyi muda itu sering hilang setiap kali mahu membuat persembahan.

Aiman berkata, perkara tersebut sudah dialami olehnya sejak bulan Jun tahun lalu dan sudah banyak kali merujuk kepada doktor pakar.

Malah sewaktu menyertai peringkat akhir Muzik-Muzik ke-32 pada tahun lepas, Aiman telah mengambil dua suntikan bagi memulihkan suaranya.

“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku, cuma Aiman tak mahu beritahu orang. Saya dah tawakal guna cara perubatan doktor namun tidak jadi apa-apa juga.

“Insya-Allah selepas ini saya akan merujuk kepada ustaz yang akan bantu saya untuk rawatan tradisional,” kata Aiman dipetik portal Suria.

Tambah Aiman lagi, dia juga sering mengalami sakit pada anggota badan dan berasa lemah.

Jelas Aiman, jika sebelum ini dia mampu menyanyikan beberapa lagu dalam satu persembahan namun kini ini suaranya seakan-akan sukar untuk melakukan sedemikian.

Sementara itu ditanya adakah dirinya terkena ‘buatan’ orang yang mungkin cemburu dengan kejayaan dikecapi, Aiman tetap berbaik sangka dan cuba berfikir yang positif sahaja.

“Saya cuma berfikir baik dan positif. Saya cuma tawakkal. Bila berada dalam industri ini, benda tak mustahil kalau ada orang nak buat.

“Cuma saya elak untuk berfikir siapa yang buat, saya cuma nak pulihkan diri saya,” katanya.

Hmmm…Bertabahlah. Apapun kami di Mynewshub mendoakan yang baik-baik sahaja buat Aiman dan kembali pulih seperti biasa! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com