“SPM Bukan Kayu Ukur Kejayaan Seseorang”


BIARPUN masih ‘hijau’ dalam bidang nyanyian, anak jati kelahiran Selangor, Aiman Tino adalah antara pendatang baharu yang sedang meningkat naik dan semakin dikenali ramai.

Meski sibuk dengan jadual kerja yang padat, Aiman tidak pernah menjadikan hal itu sebagai penghalanghasratnya untuk sambung belajar.

“Saya memang nak sambung belajar dari dulu lagi, cuma sebelum ini kerjaya seni baru bermula dan saya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan rutin yang perlu dijalani.

“Alhamdulillah sekarang semua dah OK dan mungkin inilah waktu terbaik untuk saya ambil peluang sambung belajar sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini.

“Insya-ALLAH, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan di salah sebuah kolej di Shah Alam pada tahun ini,” kata Aiman dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pendirian penyanyi, Ismail Izzani yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana beranggapan ia bukanlah penentu kejayaan seseorang, Aiman mengakui bersetuju dengan pandangan tersebut.

Menurut Aiman, SPM semenangnya penting terutamya apabila seseorang itu berniat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pun begitu, ia sebenarnya bukanlah kayu ukur mahupun pentu kejayaan dalam hidup seseorang selepas itu sebaliknya apa yang penting adalah usaha kita dalam memajukan diri sendiri.

“Saya melihat contoh di depan mata di mana ada kalangan kawan-kawan saya tidak mempunyai SPM tetapi berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.

“Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha atau tahap kerajinan kita nak majukan diri dengan cara yang bagaimana,” ujar Aiman.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal melancarkan produk minuman kesihatan di bawah jenama, Mano yang mana merupakan singkatan namanya sendiri pada 8 April depan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com