Smoothie 'Nasi Lemak', Betul Ke Ni?


PETALING JAYA - Kita ada kek nasi lemak, burger nasi lemak dan juga ais krim nasi lemak. Adakah anda sudah bersedia dengan 'nasi lemak' yang lain pula?

Rangkaian jus buah-buahan Boost Juice Bars menghasilkan minuman baharu yang bakal memenuhi keinginan anda iaitu smoothie 'Nasi Lemak' (Nasi Lemak Smoothie).

Boost mengumumkan tawaran baharu di Facebook pada Sabtu, sehingga menarik perhatian rakyat Malaysia.

"Kami tahu anda menyukai Nasi Lemak, jadi kami memperkenalkan Nasi Lemak Smoothie," katanya dalam posting bersama gambar secawan minuman ais kisar (ice-blended) warna hijau pastel.

Tambahnya, minuman smoothie itu diperbuat daripada kesegaran timun, bayam, nasi, kepingan cili kering, air kelapa, santan, air serbat dan ais.

Menurut posting itu, minuman tersebut hanya boleh didapati pada 1 April, jatuh pada sambutan gurauan April Fool. 

Segelintir netizen menyifatkan minuman yang menarik itu mungkin satu gurauan April Fool, selain disertakan dengan jenaka.

"Syukur... mereka terlupa ikan bilis," kata Santhy Subramanian.

"Dipilih sebagai perisa terbaik tahun lepas! Anda semua patut cuba!" kata Stephanie Ling.

Mereka antara lain mencadangkan pilihan citarasa berbeza, seperti mengurangkan sambal atau lebih banyak kacang.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com