'Sirih Pulang Ke Gagang' Ariffin Man Azam Pertahan Bukit Lada



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ariffin Man optimis kawasan itu akan kekal kepada BN walaupun berlaku pertukaran calon pada pilihan raya umum  kali ini 
Ariffin, Timbalan Ketua UMNO bahagian Pokok Sena berkata walaupun calon BN berubah, akar UMNO masih mahu BN kekal di kerusi Bukit Lada.

Beliau menjelaskan tidak ada pusat daerah mengundi (PDM) BN yang ditutup dalam DUN itu seperti yang dicanangkan oleh pihak pembangkang berikutan pertukaran calon itu.

"Saya percaya akar undi UMNO dan BN dapat menerima siapa juga yang dicalonkan di kawasan ini" kata Ariffin kepada Kedahnews selepas penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena hari ini.

Mengenai pertandingan empat penjuru di DUN itu, beliau juga yakin ia akan memberikan kelebihan kepada BN.

Ariffin akan dicabar oleh Aizad Roslan daripada PPBM yang menggunakan logo PKR dan calon PAS, Salim Mahmood selain calon bebas Ismail Othman.


Mengenai peluang BN untuk merampas semula Parlimen Pokok Sena, Ariffin berpendapat perpecahan PAS dan tindakan Datuk Mahfuz menyertai Parti Amanah Negara (PAN) juga menyebabkan pengundi PAS juga berpecah

Tidak ramai yang datang memberikan sokongan kepada Mahfuz dan calon lain daripada gabungan pembangkang itu pada hari penamaan berbanding semasa beliau berada dalam PAS.

Hanya sekitar 300 orang sahaja penyokong pakatan pembangkang berkumpul di sana sini berbanding lebih 1,000 orang yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS.

Mahfuz akan ditentang oleh calon BN, Datuk Said Ali Syed Rastan dan bekas pemain bolasepak negeri, Muhammad Radhi Md Din yang mewakili PAS.

Pokok Sena sebelum ini pernah dimenangi BN termasuk oleh Datuk Abdul Rahman Ibrahim, bekas Exco dan bekas Setiausan Parlimen Kementerian Dalam Negeri. - kedahnews.com

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#TsunamiBiru

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com