Simpan Mayat Ibu Yang Dikerat Selama Tiga Tahun


Kolkata: Seorang lelaki ditangkap selepas dikesan menyimpan mayat ibunya yang dikerat-kerat dalam peti sejuk besar selama hampir tiga tahun kononnya percaya wanita itu boleh dihidupkan semula, lapor media tempatan.

Subhabrata Majumdar, 46, ditahan pada lewat Khamis di kediaman yang dikongsi bersama bapanya yang uzur, selepas polis menerima aduan jiran dan liputan oleh rangkaian berita tempatan, lapor Times of India.

Timbalan pesuruh jaya polis Behala, Nilanjan Biswas berkata, pihaknya menemui peti sejuk menyimpan mayat mangsa malah bilik itu ditutup serta disejukkan dengan dua penghawa dingin.

Katanya, suspek mendakwa berbuat demikian selepas dia dan ibunya, Bina menyaksikan dokumentari mengenai menghidupkan semula mayat di rangkaian Discovery sebelum wanita itu mati.

Asianage memetik Biswas berkata, Majumdar membuat pengeluaran pencen Bina sepanjang tempoh selepas kematiannya pada 2015.

Jirannya berkata, mereka tahu mengenai kematian ibu Majumdar berasa pelik kerana tidak dijemput menghadiri majlis pengebumian atau pembakaran mayat.

Mereka sebaliknya memilih tidak mencampuri urusan keluarga itu.

Menurut India.com, polis turut menemui peti sejuk kedua dipercayai untuk menyimpan mayat bapanya apabila mati kelak.

Sumber – Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com