Sidang Dewan Rakyat Ke-13 Tamat, Tunggu PRU14


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengahari ini, menamatkan sidang Parlimen sebelum Pilihan raya Umum ke-14.

Laporan media sebelum ini menjangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen menjelang hari Jumaat, 6 April.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen kerana memberikan kerjasama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Speaker dan seluruh pentadbiran Parlimen kerana menjalankan tugas dengan baik.

Sesi Parlimen kali ini bersidang selama 20 hari sejak Mac lalu, ketika suasana pilihan raya semakin ditunggu-tunggu.

Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun jika tidak dibubarkan sebelum itu. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com