Sherpa Catat Rekod Daki Gunung Everest 22 Kali


KATHMANDU - Seorang sherpa bakal memecah rekod pendakian Gunung Everest buat kali ke-22 bulan depan, yang juga musim pendakian paling sibuk dengan kehadiran ratusan pendaki seluruh dunia.

Bagaimanapun, sherpa yang dikenali sebagai Kami Rita itu menganggap pendakian berkenaan sebagai tugas yang perlu dilaksanakan berbanding cubaan memecah rekod sejak mula berkhidmat dua tahun lalu.

"Saya tidak mendaki untuk memecah rekod. Tetapi kerana pekerjaan ini memerlukan saya untuk mendaki, maka pendakian pada bulan depan adalah untuk kali yang ke-22. Ia bukan untuk sebarang pertandingan," katanya ketika ditemui di sini, sebelum memulakan pendakian.

Kami Rita tiba di puncak Everest buat kali pertama pada 1994 bersama 48 pendaki lain yang berjaya tiba di puncak.

Tahun lalu, seramai 634 pendaki berjaya menakluk puncak tertinggi dunia itu.

Sejak dua dekad lalu, industri pendakian gunung muncul sebagai perniagaan paling laris di China dan Nepal dengan lambakan pendaki yang muncul untuk menakluk puncak Everest.

Sektor pendakian ternyata memberi kesan positif kepada Nepal yang memiliki lapan puncak tertinggi dunia apabila berjaya meraih pendapatan bersih melebihi AS$44 juta (RM15.4 juta) menerusi bayaran diterima untuk permit mendaki Gunung Everest. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com