Senarai Calon PPBM Boleh Berubah Saat Akhir


MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah memuktamadkan senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun tidak menolak berlaku perubahan calon pada saat akhir.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dinamakan sebagai 'tweaking' atau sedikit pelarasan, terutama apabila terdapat perkara yang timbul yang perlu dibuat perubahan dan pihaknya akan laksanakannya.

"Itu tak jadi masalah (perubahan nama calon) kerana memang banyak dan hampir semua parti pun akan buat sedikit sebanyak perubahan. Di negeri lain, saya tak tahu, wallauhualam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Taklimat Calon Pakatan Harapan (PH) Johor di kediamannya di Jalan Timbalan 2 di sini, semalam.

Sementara itu, berkenaan kegagalan parti itu mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding pada PRU di Negeri Sembilan malam tadi, Muhyiddin berkata, itu juga adalah perkara biasa dalam detik dan saat melakukan persiapan.

"Bukan isu besar, isu kecil dan tak ada masalah. Bagi saya tak apa, yang penting mereka (PPBM Negeri Sembilan) selesai, serah borang pada hari penamaan, diterima dan bertanding sebagai calon (PRU). Itu paling mustahak," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com