Semua Benda Percuma Mahathir Tidak Akan Bagi Kalau Beliau Berkuasa


Pakatan Harapan (PH) tidak bercadang untuk memberikan pendidikan percuma jika menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Ini kerana kata pengerusinya, Dr. Mahathir Mohamad, biasanya barang free ini dianggap tiada harga.

Nada Mahathir itu berbeza sekali dengan pendirian Pakatan Harapan sebelum ini. Malah dalam bajet alternatif yang mereka sediakan, PH sering menceritakan mengenai pendidikan percuma.

Begitu juga dalam Buku Jingga pada 2013, gabungan itu yang dulu dikenali sebagai Pakatan Rakyat mahu memberikan pendidikan percuma dan menggesa kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tapi malangnya selepas memerintah Selangor, janji tinggal janji, tiada pun pendidikan percuma ditawarkan.

Melihat kepada janji-janji manis PH ini, tahulah kita bahawa mereka sendiri tidak mempunyai pendirian tegas dalam banyak hal.

Itu baru bab pendidikan, bukan lagi mengenai tol. Walaupun dalam manifesto pembangkang menyebut ia akan memansuhkan tol, namun Mahathir tidak bersetuju.

“Antara kami (pemimpin PH), ada sedikit perbezaan pendapat, tapi saya ada pengalaman dengan tol. Saya berpendapat kita tidak boleh janji hal seperti itu.

“Sebab itu apabila ditanya, saya tidak bersetuju tol dimansuhkan. Tanpa tol, kita tidak boleh baiki jalan, dan kita tidak boleh bina jalan baru. Kita minta sektor swasta yang buat, tapi mereka tidak akan buat kecuali mendapat pulangan,” kata Mahathir pada sidang media semalam.

Dua perkara ini, yang selalu disebut-sebut oleh pemimpin PH yang lain, nampaknya belum tentu akan dilaksanakan. Iaitu pendidikan percuma dan pemansuhan tol.

Jika Mahathir menganggap dengan memberi benda `free’ ini ia tidak akan dihargai oleh rakyat, bagaimana pula dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Walaupun dalam manifestonya, PH berjanji akan meneruskan program itu, namun harus diingat, Mahathirlah yang paling lantang membantah pelaksanaan BR1M.

Beliau menggunakan simbolik pancing dan ikan. Jadi tidak mustahil jika BR1M pun dihapuskan apatah lagi sebelum ini bantuan terbabit dikatakan sebagai dedak dan rasuah.

Apa yang pasti pemmbangkang hanya bermulut manis kerana mahu tarik perhatian pengundi. Belum dapat semuanya manis, bulan dan bintang dijanjikan tapi bila sudah dapat, hilanglah janji manis itu.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com