Sembilan Pasar Tani Kekal FAMA Dalam Pembinaan


ALOR SETAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini dalam proses merangka dan menyiapkan sebanyak sembilan Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, jumlah itu merangkumi sasaran jangka masa panjang dalam mewujudkan 60 PTK di seluruh negara.

“Sebanyak 25 PTK sudah beroperasi setakat ini dengan PTK Kulim adalah yang terkini yang mula beroperasi pada 10 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkaya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur dan PTK Kulim di Kulim, kelmarin, memetik Bernama.

Menurutnya, pada masa akan datang jumlah PTK akan ditambah sekiranya terdapat lokasi strategik serta permintaan yang tinggi ekoran PTK dilihat mampu memberi banyak manfaat kepada pengusaha asas tani, penternak dan petani di seluruh negara.

“Setakat ini, lebih 75,000 usahawan tani mendapat manfaat melalui lebih 1,000 pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA seperti pasar tani mingguan, MyFarm Outlet, PTK dan Agro Bazaar,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com