Sembang Santai Rafizi Tak Laku


NILAI – Sembang santai yang dianjurkan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dengan menampilkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) nyata lesu apabila hanya dihadiri kira-kira 30 penduduk setempat.

Meskipun Rafizi merupakan figura politik terkenal, nyata ia gagal menarik kehadiran lebih ramai penduduk setempat.

Rafizi ketika ucapannya pada majlis itu hanya menumpukan serangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, program PERMATA yang dinaungi Rosmah turut menjadi sasaran Anggota Parlimen Pandan itu.

Pada Februari lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com