Selepas Guna Logo PKR, Mahathir Tiru Pula 'Lakonan' Anwar


Sejak bernaung di bawah simbol PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga sudah mula bermain 'sandiwara' seperti mana bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2008, Anwar 'mendapatkan perlindungan keselamatan' di kedutaan Turki, Kuala Lumpur kononnya dia akan dibunuh.

'Lakonan' itu berlaku selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, seorang pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kepada Datuk Seri Dr. Azizah Wan Ismail bahawa Anwar akan dikawal rapi bagi menjaga keselamatannya.

Dengan jaminan Perdana Menteri,  Anwar pun bebas ke sana sini pula untuk berceramah.
.
Kini watak yang sama dilakonkan semula oleh Dr. Mahathir untuk mendapat perhatian dan simpati daripada pengundi dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 pada 9 Mei ini.

Hari ini Dr. Mahathir mendakwa pesawat yang dinaikinya pula mengalami kerosakan.

Bagaimanapun  juruterbangnya dikatakan sempat  mengesan awal masalah tersebut bagi mengelak berlaku insiden tak diingini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau terpaksa menukar pesawat pada saat akhir dan bernasib baik ada rakannya sanggup meminjamkan bagi menerbangkannya ke Langkawi untuk penamaan calon esok.

“Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas,” kata beliau seperti mana yang dilaporkan Malaysiagazette.

Mahathir ingin membertahu rakyat kononnya ada cubaan untuk sabotaj agar beliau tidak dapat bertanding pada PRU ini.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik polis dan tentera kerana masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau disebut sebagai berkata: " Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?

Ketika ditanya sama ada beliau benar-benar risau nyawanya terancam, Mahathir berkata, "Dengan lelaki ini, saya bimbang tentang semua (perkara)."

Manjelang hari mengundi 9 Mei ini, rakyat mungkin akan disajikan  lagi dengan 'cerita penglipur lara' daripada Dr. Mahathir.

Namun jika terlalu kerap membuat cerita seperti itu, orang ramai sekadar mampu tersenyum seperti juga rakyat jemu dengan lakonan Anwar dahulu. - Kedahnews.com

#HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com