Selepas 22 Tahun Memerintah, Baru Sekarang Mahathir Ingat Orang Felda


Tun Dr. Mahathir Mohamad ditanya oleh penduduk Kubang PAS mengapa beliau tidak membantu masyarakat Felda Bukit Tangga semasa menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu dan Perdana Menteri sepanjang 22 tahun.

Kenapa baharu sekarang selepas menyertai pembangkang dan mahu menjadu Perdana Menteri semula baharu berjanji untuk membantu peneroka tersebut?

Pemimpin pakatan pembangkang yang diketuai Dr. Mahathir semasa  berceramah di Felda Bukit Tangga, Changlun malam kelmarin membawa seibu macam janji kepada peneroka.

Antara untuk menghapuskan 50 peratus hutang kos tanah yang masih ditanggung oleh peneroka.
Mereka juga hendak membela peneroka jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

Sementara Dr. Mahathir pula tidak habis-habis membohongi orang ramai yang hadir mendengar ceramah itu dengan mendedangkan 'lagu lama' dengan menyerang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Ceramah Dr. Mahathir dan pemimipin  PPBM di mana parti itu yang digantung itu sekadar 'hiburan malam' di kawasan Felda berkenaan dengan mesej agar rakyat menukar kerajaan dan 'membunuh UMNO'.

Sedangkan UMNO merupakan  parti yang telah memperjuangkan penduduk miskin yang tidak bertanah hingga diberika tanah rancangan itu. 

Namun begitu peneroka Felda di Kedah diyakini masih setia menyokong kerajaan yang membantu kehidupan mereka malah tidak akan termakan cerita karut pembangkang yang ghairah menyelusup ke kampung-kampung sejak kebelakangan ini.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terlalu banyak kemajuan yang dibawakan kerajaan kepada pene­roka dan pastinya perkara itu akan dinilai dengan sebaik-baiknya.

Beliau memberi contoh Felda Lubok Merbau iadalah yang Felda kedua terbesar di negara ini dahulunya cuma ada 769 peneroka awal yang kehidupan tetapi keadaan kehidupanya sekarang itu telah berbeza besar.

Pencapaian itu adalah antara peningkatan hidup peneroka, namun  pembangkang memberi gambaran seolah-olah Felda gagal membangunkan peneroka.

Beliau berkata kerja mereka pembangkang dekat pilihan raya ini  banyak memutar belitkan fakta. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com