Sebar Fitnah PRU, Jangan Cuba Perbodohkan Rakyat Malaysia!!


Sudah 13 kali kita mengundi namun setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, pembangkang akan melaungkan ia sebagai PRU paling kotor. Macam-macam fitnah disebarkan oleh pembangkang semata-mata mahu menakutkan rakyat.

Sedangkan dari tempat mengundi sehinggalah tempat mengira undi, akan ada wakil pembangkang sebagai agen pemerhati. Jadi, bagaimana dan di mana penipuan undi akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Barisan Nasional (BN).

Dan menjelang hari mengundi ini, fitnah-fitnah yang disebarkan oleh pembangkang semakin membimbangkan. Ada antara fitnah itu dikitar semula, yang diambil daripada PRU13 lalu. Malah SPR sendiri sudah menjawab dan memberikan penjelasan mengenainya.

Terbaru adalah mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah berkenaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam bentuk audio yang dikongsi secara meluas menerusi aplikasi pesanan WhatsApp.

Dalam rakaman tersebut, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Rosmah dan mendakwa perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi beliau serta kos memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya.

Individu tersebut yang mendakwa sumber berita tersebut datang dari seorang rakan beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara.


Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar dan tidak berasas yang dibuat oleh individu tersebut. Tindakan individu tersebut hanya bermotifkan politik untuk menghasut rakyat.

Banyak fitnah disebarkan dengan orang yang akan menjadi mangsa adalah mereka yang berwajah ala-ala Bangladesh.

Fitnah-fitnah ini telah disebarkan menerusi media sosial dan kemudiannya dipadamkan tapi banyak pihak yang sempat merakamkannya.

Itulah sebab Akta Anti Berita Tidak Benar dilaksanakan. Ia bukan bertujuan untuk menyekat rakyat bersuara sebaliknya menghentikan perbuatan fitnah ke atas orang lain.

Dalam hal ini, eloklah pihak berkuasa bertindak segera. Rakyat sudah jemu dengan fitnah pembangkang ini.

Sudah 13 kali PRU diadakan, namun politik tidak matang dan menjijikkan ini masih diamalkan. Cukup-cukuplah menipu rakyat.

#fakenews
#harapanpalsu
#tsunamiPHitnah
#JomBN
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com