'Saya Tak Sabar Mengundi Buat Kali Ke-14' - Bekas Tentera Dari Baling


ALOR SETAR - Seorang warga emas dari Kampung Jawa Kuala Ketil, Baling, menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi kali ke -14 tahun ini.

Menurut Abd Hamid Mohd Noor, 73, berkata walaupun sudah dimamah usia namun tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi tetap dilaksanakan.

Abd Hamid yang tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihan raya umum sejak 1959.

“Saya tidak pernah ketinggalan mengundi sejak pilihan raya umum yang pertama diadakan pada 1959. Ketika itu usia saya 26 tahun dan saya tinggal di Anak Bukit di Alor Setar.

“Saya tidak sabar untuk mengulanginya kali ini walaupun pada usia 73 tahun,” katanya dengan penuh semangat ketika ditemui.

Mengimbau ketika keluar mengundi buat kali pertama, Abd Hamid berkata dia teruja dan bersemangat ketika melihat bendera parti bertanding berkibar buat kali pertama di pelusuk kampung pada waktu itu.

Jelasnya, pada ketika itu penyokong dan calon parti yang bertanding cuma mengadakan ceramah politik di pentas selain lawatan ke kampung untuk menarik pengundi.

Memetik laporan MyMetro, Abd Hamid yang juga seorang bekas tentera berkata, cara berkempen masa itu juga diadakan secara berhemah, tidak berlaku sebarang bentuk provokasi, fitnah dan kekecohan seperti yang berlaku dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

Tambah Abd Hamid, ketika itu cuma tiga parti politik bertanding iaitu Perikatan (menggunakan lambang kapal layar), PAS (lambang bulan sabit) dan DAP (menggunakan lambang roket).

Namun, semua parti bertanding secara sihat dan saling menghormati antara satu sama lain ketika berkempen.

Tegas bapa kepada tujuh anak, 32 cucu dan 20 cicit itu berkata, beliau dan keluarga tidak mungkin ‘beralih selera’ menyokong parti lain. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com