"Saya Sayang Dengan Orang Kedah.."


PENDANG – Rakyat Kedah dinasihat supaya jangan mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) yang lalu dengan memillih pembangkang sebagai kerajaan negeri kerana ternyata ia telah merugikan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa memberikan nasihat itu berkata, ia perlu dijadikan pengajaran berguna dengan terus memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) sepertimana dilakukan pada PRU13 yang terbukti memiliki rekod terbaik membela nasib dan kebajikan rakyat.

“Saya sayang dengan orang Kedah. Kita tidak mahu Kedah terlepas sekali lagi di tangan orang lain (pembangkang) kerana kita (BN) telah melakukan yang terbaik,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 rakyat pada Program Bersama Rakyat di Tapak Pekan Sabtu Pendang, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul dan Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Md Rozai Safian.

Ahmad Zahid berkata sehubungan itu beliau mahukan semua anggota UMNO dan juga rakyat perlu menyokong siapa juga pemimpin yang telah ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU14 ini. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com