Saya Disabotaj - Rizalman Jawab Isu Ditahan Di Kelab Malam


KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mendakwa wujudkan unsur sabotaj berikutan penahanan beliau di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Rizalman berkata, kejadian yang berlaku sangat spesifik dan seakan dirancang pihak tertentu berunsurkan politik dengan niat untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai pemimpin UMNO di Bandar Tun Razak.

Tegasnya, beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan yang disandang susulan kes itu dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti dan Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan.

“Kami ke kelab itu untuk berhibur dan hanya mengambil kopi dan minuman ringan. Tiada minuman keras mahupun dadah.

“Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya positif dadah. Saya boleh katakan ini perangkap kerana tidak mengambil dadah dan ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Rizalman sebelum ini dilaporkan ditahan Polis Diraja Malaysi (PDRM) kerana penyalagunaan dada selepas didapati ujian saringan air kencingnya positif bahan terlarang tersebut.

Dalam pada itu, Rizalman berkata, adalah tidak adil bagi dirinya dipersalahkan kerana sehingga kini beliau belum disabitkan kesalahan dan didakwa di mahkmah.

“Kenapa disebabkan perkara yang masih tidak pasti ini menjejaskan peluang saya disenaraikan sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang?

“Saya bersih dan telah terlibat dalam politik selama 14 tahun. Jangan kerana isu kecil ini sumbangan saya secara konsisten dilupakan,” tegasnya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com