Saya Diaib Oleh Mahathir, Mukhriz Tanpa Belas Kasihan... Kata Anina


Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz kini disifatkan sedang berada dalam 'perigi buta' pembangkang dan tiada lagi jalan keluar, selain memfitnah.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin  meminta rakyat jangan percayakan Dr. Mahathir yang akan terus melakukan pembohongan 'sehinga satu abad usianya.

"Mahathir masih Mahathir! Dia pendendam yang bersembunyi di sebalik wajah tenangnya" kata Anina meluahkan perasaan hatinya menerusi akaun Facebooknya semalam.

Menurut Anina, orang Melayu akan musnah jika menerima Mahathir semula sementara orang Cina akan ditindasnya jika  beliau diberi peluang berkuasa atau memerintah lagi.

Berikut sebahagian surat terbuka Anina kepada Ahli PPBM:

Orang Melaya di kampung mungkin tidak tahu berapa tahun kekayaan Mahathir, anak-anaknya serta kroninya-kroninya.

Mereka telah menganiaya terlalu ramai orang di sebalik wajah yang pura-pura baik!.

Saya antara rakyat Malaysia yang paling sayangkan Mahathir suatu masa dahulu. Dalilnya, sayalah satu-satunya rakyat yang bangun membela Mahathir dengan menentang Najib Razak.

Saya tidak dibayar atau dipaksa kerana saya rela hati lakukannya. Ketika itu anda semua bersembunyi di belakang saya....

Saya korbankan pekerjaan, harta, anak-anak untuk Mahathir! Anda tidak tahu apa yang saya tanggung kerana anda hanya memandang di kaca TV.

Anda hanya menulis di Wall saya, anda sokong saya. Anda hanya nampak populariti saya.

Anda nampak saya hebat tetapi anda tidak nampak saya di malam hari. Ketika semua orang tidur, saya urusan barangan untuk saya jual bagi  membayar hutang rumah dan segala perbelanjaan anak-anak saya.

Itu pengorbanan saya untuk Mahathir. Anda tidak lakukan begitu demi untuk Mahathir.

Semak hutang saya di Maybank. Lihat bagaimanapun saya membayar hutang saya sedikit demi sedikit.

 Tetapi anda diberitahu oleh Mahathir saya mendapat dua buah rumah dari Najib Razak. Mahathir beritahu anda saya terima Velfire dan pemandu.

Mahathir beritahu anda saya terima wang berjuta ringgit untuk NGO saya. Anda lihatlah bagaimana..

Anda semua tidak berdosa kerana anda menjadi mangsa  penipuan Mahathir yang menyamun kekayaan negara untuk anak-anak dan kroninya
.
Saya insan yang diaibkan tanpa belas kasihan dari Mahathir dan Mukhriz.. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com