Satu Per Tiga Bandar Tokyo Bakal Tenggelam Jika Dibadai Taufan Besar


TOKYO - Satu pertiga kawasan di tengah ibu kota negara ini dijangka ditenggelami air dan hampir empat juta orang terjejas sekiranya taufan super melanda Tokyo.

Kajian terbaharu dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan mendedahkan 212 kilometer persegi kawasan pusat ibu kota bakal ditenggelami air sedalam 10 meter sekiranya taufan terbabit mencetuskan gelombang air pasang.

Tambah pihak berkuasa, beberapa daerah yang menjadi hab hiburan dan perniagaan serta stesen kereta api dijangka turut terjejas.

Dalam pada itu, zon timur Tokyo berdekatan Sungai Arakawa akan ditenggelami air selama lebih seminggu jika gelombang air pasang yang meningkat di Pelabuhan Tokyo melepasi tebing sungai.

Kerajaan Tokyo kini merancang langkah pemindahan dan mengkaji bagaimana mereka akan menghantar mesej amaran kepada penduduk tempatan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com