Salleh: Fenomena Biasa Hijrah Ke Bandar Besar Cari Kerja


KUALA LUMPUR: Orang yang berhijrah ke tempat lain untuk bekerja adalah fenomena global, oleh itu orang datang ke Selangor dari negeri lain untuk mencari kerja bukan sesuatu yang luar biasa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Katanya, ini sudah berlaku sejak sekian lama, sebelum PKR mengambil alih Selangor pada 2008.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menghina kerajaan Kelantan dengan menyatakan ramai rakyat Kelantan berhijrah ke Selangor mencari kerja kerana kerajaan pimpinan PAS itu tidak dapat menjamin pekerjaan untuk mereka.

“Bila PAS bergabung dengan PKR dari 1999 hingga 2015, pembangkang menggunakan Kelantan sebagai negeri contoh pembangkang terbaik dari segi pentadbirannya.

“Sekarang Azmin meremehkan Kelantan kerana PRU14 semakin hampir,” kata Salleh dalam catatan di blognya malam semalam.

Salleh berkata, jika Azmin hendak mencari isu untuk menyelar PAS, seharusnya beliau mencari isu yang munasabah.

Sumber: FMT

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com