Saintis Temui Spesies 'Semut Kamikaze, Bunuh Diri' Di Borneo


SEKUMPULAN saintis mengumumkan mereka telah berjaya menemui semula spesies semut yang mendiami pokok di Borneo yang telah lama menghilang.

Dikenali dengan nama "Colobopsis Explodens", salah satu keistimewaan semut ini ialah apabila diancam, ia akan meletupkan dirinya sendiri hingga mati, dan penyelidik mengatakan tindakan itu akan  "membebaskan" cecair toksik yang melekit dari kelenjarnya.

Proses ini akan membunuh semut berkenaan, tetapi ia juga boleh membunuh atau sekurang-kurangnya menghalang serangga yang menyerang.

LIHAT UJI KAJI SEMUT COLOBOPSIS EXPLODENS

Walaupun tingkah laku semut ini telah diketahui sejak tahun 1916, serangga ini masih kekal misteri sejak berdekad lalu, tanpa spesis baru yang ditemui sejak tahun 1935.

Namun sekumpulan saintis yang membuat kajian di sekitar Borneo beberapa tahun kebelakangan ini menemui 15 spesis baharu, termasuk satu spesis yang didapati akan membesarkan kepalanya apabila diancam.

Kumpulan saintis itu berharap akan menemui lebih banyak maklumat berkenaan spesis semut ini, dan dapat mendedahkannya kepada umum dalam kertas kajian seterusnya.


Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com