Saintis Imun Bisa Ular Selepas Dipatuk Lebih Seratus Kali


SEORANG lelaki mededahkan dia imun dengan bisa ular selepas membiarkan dirinya dipatuk lebih seratus kali.

Tim Friede merupakan seorang saintis membahayakan dirinya membiarkan ular mematuk dirinya lebih 200 kali demi membantu mendapatkan vaksin sekaligus mampu menyelamatkan mangsa patukan.

Friede mendakwa hanya dia seorang di dunia ini yang bertahan dengan patukan ular berulang kali.

Lelaki berusia 39 tahun di dibawa 'bertemu' dengan Black Mamba, ular paling berbisa di dunia dan dengan hanya satu patukan mangsa akan kesakitan dan meninggal dunia dalam tempoh 15 minit.

Jelas Friede kepada Wizard Odd TV di kediaman di Du Lac,  dia membenarkan ular Black Mamba menggigitnya tiga kali di jari dan sekali di lengan.

Friede dapat rasa racun haiwan itu meresapi tubuhnya.


Katanya, apabila digigit Black Mamba, mukanya seolah-olah mukanya seperti dihentak dengan tukul dan degupan jantung semakin laju.

Namun dia gembira kerana badannya sudah dipenuhi antibodi sepanjang dua dekad menjalani kajian mengenai bisa ular.

"Saya mengobankan diri untuk perkara ini hanya satu sebab: untuk menyelamatkan orang.

"Sebab saya menyuntik diri dengan bisa ular dan dipatuk kerana ada tujuannya sendiri, untuk mencipta anti-bisa kepada manusia.

"Selepas 17 tahun setengah, saya telah menggunakan tujuh jenis ular berbisa untuk menjadi imun.

"Black Mamba antara salah seekor yang bebisa di dunia dan anda akan mati dalam tempoh 20-30 minit jika terkena patukannya.

"Ia merupakan seekor ular yang menjijikan dan sangat yang agresif," jelas Friede.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com