Sah! Mahathir Bertanding Kerusi Parlimen Langkawi


ALOR SETAR – Teka-teki tentang 'keberadaan' Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya terjawab setelah beliau diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding kerusi Parlimen Langkawi.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara tersebut ketika berada di Langkawi, semalam memetik Bernama.

Terdahulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan akan bertanding di enam kerusi parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada PRU14.

Pengumuman calon dari parti PPBM itu didedahkan sendiri Dr. Mahathir. Antara nama calon yang disebut bakal bertanding di Kedah adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakni bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Beliau turut menyebut calon-calon lain yang akan bertanding kerusi Parlimen seperti Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Wan Saiful Wan Jan (Pendang), Mohd Taufik Yaacob (Baling) dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Jerai).

Sementara itu, bagi calon DUN pula PPBM meletakkan Datuk A. Aziz Mohamud (Ayer Hitam), Halimahton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Aizad Roslan (Bukit Lada), Syed Fadzil Syed Embun (Kuala Nerang) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Selain itu, Mohd Nazari Abu Hassan (Jeneri), Abdul Rahim Kechik (Bayu), Mohd Saffuan Sabari (Guar Chempedak), Mejar (B) Annuar Abd Hamid (Tanjung Dawai), Datuk Azimi Daim (Bandar Baru), Johari Bulat (Air Hangat) dan Mohd Firdaus Ahmad (Kuah). - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com