Sabotaj Pesawat: Mahathir Oh Mahathir, Kenapa Masih Buat Cerita Karut?


Siasatan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mendapati tiada unsur sabotaj terhadap pesawat peribadi yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi semalam.

Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata ia sebaliknya berpunca daripada masalah teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran tayar sebelah kiri pesawat berkenaan.

Sehubungan itu, Azharuddin berkata, tuduhan sabotaj terhadap pesawat adalah sangat serius dan boleh memberi kesan kepada reputasi industri penerbangan Malaysia dan negara secara keseluruhannya terutama ketika tempoh sensitif seperti menjelang Pilihan Raya Umum.

“Secara moralnya, adalah salah untuk membuat tuduhan liar demi kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam

Semalam, Dr Mahathir yang juga calon gabungan pembangkang menggunakan lambang PKR di Parlimen Langkawi, mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi untuk menghadiri majlis minum petang bersama komuniti Cina dan India di pulau berkenaan disabotaj oleh pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Azharuddin berkata, pesawat Bombardier Challenger CL60 yang berdaftar di bawah Malta 9H-VFD dan dikendalikan oleh Vista Jet Limited, dilaporkan tidak dapat berlepas dari Subang ke Langkawi.

Selepas dimaklumkan mengenai masalah berkenaan, Azharuddin berkata pihaknya membuat siasatan terperinci meliputi pengesahan dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat serta temubual dengan juruterbang dan kakitangan penyelenggaraan pesawat itu.

“CAAM dimaklumkan oleh kakitangan penyelenggaraan bahawa mereka mendapati tekanan pada tayar sebelah kiri roda hadapan adalah rendah. Mereka kemudian menyelenggara tayar, dan selepas melakukan pemantauan, didapati tekanan tayar berkurangan pada kadar 2psi (paun per inci persegi) setiap minit,” katanya.

Semakan daripada log teknikal VistaJet di halaman bernombor 55778, ada catatan oleh VistaJet pada 27 April 2018 menyatakan bahawa ada kebocoran angin daripada tayar hadapan sebelah kiri. Bagaimanapun, penggantian tidak dapat dilakukan kerana tiada tayar ganti.

“Kami juga melakukan pemeriksaan tayar kiri roda hadapan yang berpadanan dan disahkan seperti dilaporkan kakitangan penyelenggaraan pesawat,” katanya. - TV14

#TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir 




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com