RUU Berita Tidak Benar: Hadi Sokong Kerana Didik Rakyat Jauhi Fitnah, Mahathir Mahu Hapuskan


PAS menyokong Akta Berita Tidak Benar yang diluluskan di Dewan Rakyat kerana menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  banyak kesan positif untuk memulihkan akhlak dan perangai media massa menganjurkan maklumat kepada masyarakat

Hadi berkata melihat kepada situasi hari ini yang banyak sangat perkara bohong dan fitnah disebarkan media massa khasnya media sosial.

Dalam pada itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad pula akan memansuhkan Akta Berita Tidak Benar jika pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

Menurut Mahathir, selain akta yang diluluskan semalam, PH juga akan memansuhkan akta yang didakwa zalim oleh gabungan itu sebelum ini.

PAS melihat dari sudut pandang kesan positif, RUU itu  bagi mendidik rakyat serta memberikan kemudahan jika parti itu diberikan kemenangan tanpa perlu meminda, hanya melaksanakan sahaja.

Di pihak pembangkang Pakatan Harapan mahu menggalalkan berita-berita palsu dan pembohongan terus berlegar walaupun ianya amat bertentangan dengan Islam.

Menurut Abdul Hadi PAS pernah menyokong undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun 1957 ketika negara dalam keadaan darurat untuk menentang komunis dan golongan pelampau ketika itu,” katanya seseperti  Harakahdaily semalam.

Walaupun kerajaan menyalahgunakan ISA kerana ramai kalangan ahli PAS dikenakan hukuman tersebut, dari sudut moral PAS menyokong ISA demi keselamatan negara, kata Abdul Hadi.

PAS  menyokong Akta Berita Tidak Benar dan tidak membenarkan maklumat fitnah dan diharamkan oleh agama ini bertujuan untuk  menghidupkan moral yang luhur dan mulia. 

 Kerajaan kelmarin eluluskan Akta Antiberita Tidak Benar setelah 123 ahli parlimen menyokong dan 63 ahli parlimen yang lain menolak pelaksanaan undang-undang itu.

Daripada 123 yang menyokong, 11 daripadanya adalah ahli parlimen PAS.

Namun bagi Dr. Mahathir Akta Anti Berita Tidak Benar adalah untuk menahan mana-mana individu yang mengkritik kerajaan.

Selain itu, kata Mahathir berapa lagi akta lagi akan dimansuhkan jika Pakatan memerintah.
Dr. Mahathir hanya boleh berjanji demikian sebelum hanya pilihan raya PRU14, namun belum pasti akan melaksanakan jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Sedangkan akta itu digunakan oleh Dr. Mahathir semasa beliau memerintah negara selama 22 tahun untuk menghukum penentang politiknya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com