Russia Dakwa Berita Serangan Gas Di Syria Palsu


MOSCOW - Kementerian Luar Russia, pada Isnin berkata laporan mengenai serangan gas di Syria adalah palsu dan sebarang tindakan ketenteraan berdasarkan 'alasan direka dan diada-adakan itu' akan membawa kepada akibat lebih buruk.

"Penyebaran berita palsu mengenai penggunaan klorin dan bahan beracun lain oleh tentera kerajaan Syria berterusan.

"Satu lagi berita palsu seumpama itu mengenai serangan kimia di Douma disebarkan semalam. Kami memberi amaran beberapa kali mengenai provokasi serius itu.

"Matlamat spekulasi palsu, yang kekurangan asas, adalah untuk melindungi pengganas dan cubaan mewajarkan penggunaan tentera," kata kenyataan kementerian. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com