RM20 Juta Untuk Bantu Penjaja Dan Peniaga Kecil Alor Setar


Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk menaik taraf tapak perniagaan bagi para penjaja dan peniaga kecil di Alor Setar.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Alor Setar, semalam.

Ini untuk memberi lebih banyak peluang kepada para peniaga kecil menjalankan perniagaan di tempat yang lebih selesa dan kawasan yang  menjadi  tumpuan orang ramai.

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu rakyat terus memberikan mandat kepada BN pada PRU14, 9 Mei depan bagi membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak projek untuk rakyat termasuk perumahan.

Najib mahu BN Kedah memenangi semula semia 15 kerusi Parlimen termasuk Alor Setar dan Pokok Sena serta semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam parlimen itu.

Sebelum itu Najib melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Suka Menanti di Alor Setar yang bernilai RM108 juta melibatkan 500 unit rumah dijangka mula dibina pada pertengahan tahun ini -

Dalam pada Najib berkata, kerajaan pusat untuk terus membantu Kedah agar tidak tercicir dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.

Beliau berkata Kedah sewajarnya mendapat bantuan kerajaan Persekutuan untuk terus berkembang memandangkan negeri itu mempunyai hasil yang terhad dengan hanya bergantung kepada sektor pertanian. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com