Riba Anak Sambil Jawab Periksa, Ibu Ini Ditawar Sambung Pelajaran


GAMBAR  seorang ibu meriba anaknya berusia dua bulan sambil menjawab kertas peperiksaan kemasukan ke universiti menjadi tular.

Seorang ibu muda, Jahantab Ahmadi menjawab kertas peperiksaan di atas lantai sambil memangku bayinya.

Jelas Jahan, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai kerana tidak mahu bayinya itu menangis dan menggangu pelajar lain daripada menjawab kertas peperiksaan.

"Saya juga duduk di lantai bagi menghalang cahaya panas terkena anak. Jadi saya berlindung di sebalik kerusi.

"Ada beberapa nak saya menangis dan risau jika saya disuruh keluar.

"Saya juga risau jika keluarga saya melihat gambar ini di laman sosial," ujarnya kepada BBC.


Jahantab mengambil masa perjalanan selama tujuh jam untuk mengambil peperiksaan tersebut.

Usaha Jahantab itu  akhirnya berbaloi apabila ditawarkan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di sebuah universiti terkemuka di Kabul.

Malah yuran pengajian juga dibayar oleh salah seorang ahli politik wanita Afganistan.

Lebih bertuah, Jahantab turut menerima penginapan di sebuah flat secara percuma selama setahun oleh Presiden Kedua Afganistan.

"Saya mahu berkhidmat kepada semua golongan wanita di kampung saya.

"Malah ada juga rasa kesian kepada mereka (wanita) yang tidak dibenar untuk mendapat pelajaran."

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com