Remaja Dirogol Bapa Tiri Selama 6 Tahun, Kini Hamil Ketagih Seks


AKIBAT perbuatan bapa tiri yang mencabul dan merogol sejak enam tahun lalu, seorang remaja perempuan ketagih untuk melakukan seks dan kini mengandung lima minggu.

Bukan sahaja dengan bapa tirinya, malah bagi melepaskan giannya, remaja berusia 16 tahun itu sanggup melakukan seks dengan enam lelaki dikenalinya melalui aplikasi WeChat secara sukarela di beberapa lokasi di Labuan.

Difahamkan, sepanjang menjalinkan hubungan seks lebih enam tahun bersama bapa tirinya, ibu kepada remaja itu tidak mengetahuinya dan dia yang masih bersekolah, kini mengandung lima minggu.

Perkara itu disedari selepas mangsa yang mengalami sakit perut, pening dan muntah menerima rawatan di hospital sebelum disahkan mengandung.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat semalam dan mangsa mendedahkan dirogol bapa tirinya sejak berusia 10 tahun dan kali terakhir pada 10 Mac lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya sejak 2010 selepas bapa kandung mangsa meninggalkan ibunya.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya dicabul bapa tirinya dengan memegang anggota tubuh sambil menunjukkan video lucah dan kejadian itu berlaku hampir sebulan sebelum suspek melakukan hubungan seks di rumah mereka ketika ketiadaan ibu mangsa.

Sumber itu berkata, mangsa enggan membuat laporan polis mengenai perbuatan bapa tirinya kerana sayang selain lelaki itu adalah sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan bapa tiri mangsa sudah ditahan pada hari sama laporan dibuat.

“Suspek berusia 39 tahun ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram,” katanya.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com