Remaja Cipta Tangan Palsu Untuk Ayahnya


HADIAH terindah buat Jason Frei apabila anaknya sendiri telah melengkapi kehidupan ayahnya dengan berjaya menghasilkan sebuah tangan palsu yang boleh digunakan.

Robbie Frei, 18, telah mencipta sebuah tangan palsu khas untuk ayahnya sekaligus mengakhiri kehidupan yang sukar tanpa tangan buat bekas askar Amerika Syarikat (AS) itu.

Menurut ABC News, Jason terlibat dalam satu kemalangan di Iraq pada 2003 yang menyebabkan dia langsung kehilangan tangan kanannya.


Sejak dari itu, dia cuba menggunakan tangan kirinya dalam setiap pekerjaan dan berlatih untuk membiasakan diri. Jason sangat gembira apabila mendapat tangan baru tersebut dan berterima kasih kepada anaknya.

“Ia benar-benar menakjubkan. Tangan ini adalah peluang yang istimewa bagi saya,” ujarnya.

Ketika musim luruh 2017, Robbie yang juga merupakan ketua kelab robotik Sekolah Menengah Priory, di wilayah Missouri, AS telah mencipta penyesuai lengan video 3-D untuk bapanya.

Selain ahli kumpulannya, dia turut dibantu oleh pelajar kejuteraan sekolah tersebut dengan menggunakan sumber dan barangan sekolah yang telah disediakan sehingga berjaya menghasilkan ciptaan canggih itu.


Tangan palsu yang dihasilkan bukan sahaja boleh digunakan untuk kerja-kerja harian, malah ia turut membantu Jason melakukan aktiviti masa lapang seperti bermain besbol bersama anaknya.

Robbie sangat berpuas hati kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang berharga buat ayahnya.

“Saya benar-benar terkejut bahawa saya telah mewujudkan sesuatu yang boleh saya gunakan di dunia nyata untuk membantu orang ramai,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com