Remaja 15 Tahun Mengaku Liwat, Paksa Beberapa Mangsa Buat Seks Oral


REMAJA lelaki penghuni rumah perlindungan di Temiang, Seremban, dipercayai menjadi mangsa liwat rakan dalam kejadian 24 Mac lalu dan Sabtu lalu.

Mangsa berusia 14 tahun yang memiliki masalah pembelajaran dan psikiatrik itu dipercayai diperlakukan demikian oleh remaja berumur 15 tahun.

Menurut sumber polis, pada 8 pagi Rabu lalu, jururawat bertugas di premis perlindungan bagi remaja itu melakukan tugas rutin memberi ubat kepada 92 penghuni di empat asrama.

Katanya, jururawat itu didatangi mangsa yang mengadu sakit di bahagian dubur lalu membawanya ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan.

“Mangsa pada awalnya disyaki menghidap buasir dan diberi ubat tahan sakit. Namun kelmarin, jururawat itu sekali lagi didatangi mangsa yang mengadu sakit pada bahagian sama.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut dan membuat pengakuan mengejutkan kepada doktor bahawa dia diliwat pada 24 Mac lalu dan kelmarin (Sabtu),” katanya.

Kata sumber itu, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan koyakan pada dubur mangsa menyebabkan jururawat wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban pada 12 tengah hari Sabtu.

“Siasatan mendapati suspek yang juga pesakit psikiatrik dimasukkan ke asrama di pusat perlindungan itu sejak tiga tahun lalu manakala mangsa dimasukkan sejak dua tahun lalu.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku meliwat mangsa dan pernah memaksa beberapa penghuni lain di asrama berkenaan melakukan seks oral.

“Mangsa dan suspek tinggal di asrama sama bersama 21 penghuni lain. Sehubungan kejadian suspek ditempatkan di bilik berasingan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima laporan dibuat jururawat terbabit dan siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mohamad Hapil ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber - Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com