Rakyat Pantai Timur Akan 'Hukum' Mahathir Pada PRU14 Jika Batal Projek ECRL


Pengundi di Pantai Timur  akan 'menghukum' Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ini.

Ini kerana PH yang diketuai DAP akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Projek keretapi laju Pantai Timur yang menelan kos RM55  bilion itu memudahkan perjalanan rakyat  antara  Kuala Lumpur - Kelantan dianggap membazir oleh Dr. Mahathir.

Sebelum ini beliau mendakwa projek itu akan menyebabkan negara 'tergadai' kepada China.

Dr. Mahathir mungkin lupa yang beliau telah membazirkan wang RM31.5 bilion dalam urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.

Sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan bagi faedah rakyat.

Jika projek itu dibatalkan, sudah pasti ribuan penduduk di pantai timur bakal hilang pekerjaan dan peluang perniagaan. 

Seramai 3,600 pelatih dari kalangan mahasiswa akan dilatih dalam Program Latihan Kemahiran Industri ECRL sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada 80,000 rakyat Malaysia.

Pakar ekonomi menyatakan ECRL juga dijangka meningkatkan KDNK negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.5%.

Kira-kira 4.4 juta rakyat di Pantai Timur akan dapat menikmati perkhidmatan tren berkelas dunia bila ECRL siap nanti pada 2024. 

Kini begitu mudah sekali Dr. Mahathir membuat 'keputusan' yang seolah-olah beliau begitu yakin akan kembali menjadi Perdana Menteri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru -baru ini menyindir Tun Dr. Mahathir agar tidak membawa budaya ‘Me­layu mudah lupa’  hingga lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu lain yang merugikan wang negara ketika pentadbirannya.

Dr. Mahathir selaku Pengerusi PH dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  mendakwa, projek keretapi laju  itu merupakan satu pembaziran kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat.

Menurut Mahathir tiada siapa ingin menghabiskan masa 14 jam di atas kereta api berbanding kurang sejam dengan menggunakan penerbangan sedia ada ketika ini.

"Projek ini kita akan kaji perlu atau tidak atau hentikan di setakat mana yang sedang berjalan, untuk projek lain kita akan bincang kembali termasuk mengurangkan harga," kata Dr. Mahathinya dalam sidang akhbar selepas program bual bicara Cabaran Ekonomi Anak Muda di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

Pembangkang sering mempersoalkan pelaksanaan projek ECRL walaupun ia memberi banyak manfaat kepada rakyat khususnya dari segi pe­ningkatan hubungan ekonomi antara Pantai Timur dan Pantai Barat.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang cuba mengganggu hubungan baik Malaysia dan China apabila berhasrat untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani kedua-dua belah pihak sekiranya mereka berkuasa.

Perdana Menteri berkata, tindakan pembangkang yang hanya berminat bermain politik berban­ding melihat rakyat menikmati kesejahteraan itu disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com