Rakyat Malaysia Tak Perlu Risau Kes Tembak Imam Palestin


JOHOR BAHRU-  Rakyat Malaysia tidak perlu risau berhubung kes tembak imam warga Palestin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi perisikan sebuah negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kejadian itu tidak melibatkan warganegara namun pemantauan tetap akan dilakukan.

Katanya, siasatan rapi juga masih dijalankan berhubung kes pembunuhan itu.

"Orang tempatan tak perlu risau sebab tiada kena-mengena dengan dia (rakyat Malaysia). Kalau kes ini ada penglibatan ejen asing pun, ia bukan melibatkan rakyat kita. Jadi tak perlu risau," katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Bukit Kempas, Ahad.

Nur Jazlan juga tidak menolak kejadian itu berkemungkinan impak daripada pergolakan yang berlaku di negara asal mereka namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes tersebut masih dalam siasatan. - Bernama


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com