Rakyat Kedah Akan Ulangi Kesilapan Lalu Jika Pilih Pembangkang


ALOR SETAR – Rakyat Kedah pastinya masih ingat akan kesilapan lalu yang sangat merugikan mereka tatkala memilih pembangkang sebagai kerajaan negeri mereka.

dinasihat supaya jangan mengulangi kesilapanyang lalu dengan memillih pembangkang sebagai kerajaan negeri kerana ternyata ia telah merugikan mereka.

Oleh demikian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati rakyat Kedah agar tidak mengulangi lagi kesilapan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) itu pada PRU14 kelak.

Jelasnya, ia perlu dijadikan sebagai pengajaran dan menilai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sepertimana dilakukan pada PRU13 yang terbukti memiliki rekod terbaik membela nasib dan kebajikan rakyat.

“Saya sayang dengan orang Kedah. Kita tidak mahu Kedah terlepas sekali lagi di tangan orang lain (pembangkang) kerana kita (BN) telah melakukan yang terbaik,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 rakyat pada Program Bersama Rakyat di Tapak Pekan Sabtu Pendang, di Pendang, pada Sabtu lalu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul dan Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Md Rozai Safian.

Disamping itu, Ahmad Zahid mengharapkan semua anggota UMNO dan juga rakyat menyokong siapa juga pemimpin yang telah ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU14 ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com