Raja Salman Derma RM582 Juta Kepada Baitulmaqdis, Kecam Tindakan Trump


DHAHRAN - Raja Arab Saudi, Raja Salman mengumumkan derma AS$150 juta (RM582 juta) untuk tujuan penyelenggaraan peninggalan warisan Islam di Timur Baitulmaqdis.

"Arab Saudi mengumumkan geran AS$150 (RM582 juta) untuk membantu menyokong pentadbiran hartanah Islam di Baitulmaqdis," kata baginda ketika pembukaan persidangan Liga Arab.

Raja Salman turut mengkritik keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Bailtulmaqdis.

Raja Salman berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Liga Arab, di sini.

"Kami mengulangi pendirian kami untuk menolak keputusan Amerika Syarikat mengenai Baitulmaqdis.

"Timur Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada wilayah Palestin," kata Raja Salman ketika berucap, di sini. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com